
Apa perlu buat sekarang
- Simpan serpihan gigi jika ada. Rendam dalam susu, jangan biarkan kering.
- Jangan gunakan gigi itu untuk mengunyah.
- Elakkan makanan dan minuman yang terlalu panas atau sejuk.
- Jika berdarah, sakit berdenyut, atau sangat sensitif, jumpa doktor gigi secepat mungkin. Ini tanda saraf gigi mungkin terdedah.
- Gigi patah tidak pulih sendiri. Jangan tunggu sampai sakit.
Bahan apakah yang sesuai?
Crown atau tampalan biasa? Pilihan bahan bergantung kepada tiga perkara: keadaan gigi patah (besar atau kecil), kedudukan gigi (depan atau belakang), dan bajet pesakit.
Crown
Kebaikan
- Lebih kuat, dan melindungi struktur gigi yang masih tinggal
- Lebih tahan lama
- Warna dipadankan dengan warna gigi asal
Keburukan
- Lebih mahal berbanding tampalan
- Prosedur lebih lama, perlu datang ke klinik lebih daripada sekali
Tampalan komposit
Kebaikan
- Lebih cepat, selalunya siap dalam satu lawatan
- Lebih murah
- Warna dipadankan dengan warna gigi asal
Keburukan
- Tidak setahan lama crown. Berapa lama ia bertahan banyak bergantung kepada cara penjagaan

Yang mana sesuai untuk anda?
Tiada satu jawapan yang betul untuk semua orang. Gigi depan yang patah sedikit selalunya cukup dengan tampalan komposit. Patah yang besar, atau gigi belakang yang menanggung tekanan mengunyah, biasanya lebih sesuai dengan crown.
Kami akan terangkan pilihan yang ada, jangkaan berapa lama setiap satu bertahan, dan berapa kosnya, sebelum apa-apa rawatan bermula.